Tuesday, September 17, 2013

First Outing

mak! ayah!
tadi along keluar..
mula2 nak pergi changlun ja,tapi
changlun xdak pa--
kami gerak pergi jitra
guna KERETA SAPU
x semegah betul nama
tapi boleh la
murah ja tambang selepas dibodek2
abang tu siap belanja kami makan cendol masa nak balik
cendol tu guna santan sawit
pelik kan? tapi tu laa cendol yg ada kat sini
then kat jitra mall along x beli brg yg melampaui batas
anakmu masih boleh menahan nafsu daripada berbelanja besar
haaa,gituu
keluar dalam pukul 2 ptg sampai tepat kat DPP pukul 6
kalau naik bas,mungkin lagi lambat
tadi along makan nasi ayam thai
dekat restoran cina muslim
boleh thn sedap
then beli kasut kuliah
kasut yg lama dah rosak --
asyik hujan ja kat sini,masuk lopak then lekang tapak
itu ja along beli
kawan2 along borong sakan baju2
katanya murah barang kat kedah nie
biasa laa,deme kan dok bandar sebelum nie




K.A.M.I
MiQa. Mira. Shoda. Mahir? *hilang

Thursday, August 29, 2013

ilmu am

nak matang
tapi tak ambil tahu hal dunia
pasal mesir
pasal syria
malas nak baca

bila orang bercakap
tercengang2 tak tahu mende
apa nak jadi

orang lain umur baya kamu
dah boleh jadi pemimpin
dah boleh berfikir
kamu?

duduk diam
mengadap laptop hari2
satu input tak masuk

ubah! ubah!
jadikan umur yang bnyk tu
setara ngan ilmu
ilmu didada perlu setanding

dunia luar. macam2 berlaku
kalau tak amik tahu
kita yang akan ulang benda tu
amik tahu bukan nak sibuk
tapi nak jadikan pengajaran

cakap boleh, buat cuba2 laa

Wednesday, August 28, 2013

ayam masak kicap simple

today aku nak share macam mana nak buat AYAM MASAK KICAP ataupun ada yang panggil ayam masak hitam yang paling simple aku pernah cuba.. lain orang lain cara kan? ok cara aku habis simple punya la. bagi yang bujang2 yang malas2 cam aku, yang masak utk sorang makan ja boleh laa cuba..
memang habis simple

ok sediakan BAHAN-BAHAN seperti :

bawang besar - sebelah sahaja
bawang putih - 2 atau 3 ulas (ikut kesesuaian masakan)
cili kering yang siap di kisar (ikut tahap kepedasan masing2)
kicap manis kipas udang
ayam goreng
garam

CARA-CARANYA
1. goreng ayam dulu
2. tumbuk bawang besar dan bawang putih sehingga lumat
3. tumis bawang2 yang telah ditumbuk  (p/s : jgn terlalu garing,nanti pahit)
4. masukkan cili kering yang telah dikisar
5. tumis hingga pecah minyak
6. masukkan kicap
7. kacau hingga masak, masukkan ayam goreng
8. masukkan garam / gula bg yg suka manis
9. siap !


p/s : bawang besar tu boleh ja ganti dengan bawang merah. tapi aku kat rumah ada bawang besar ja,aku guna jaa bawang tu..
and lagi satu, sorry laa xdak contoh gambar..

selamat mencuba..

Monday, July 29, 2013

Dua Belas makanan kegemaran Rasullullah

12 JENIS MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.

1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

 
11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air:

Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sembarangan. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR


 Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU C0NT0H: KOKTEL

Cara Makan :

» Jangan makan buah setelah habis makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, barulah makan nasi.

» Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.

» Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.

» Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya…cubalah try yer… Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek, akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Kerana ia juga terbukti dalam kajian.

Nabi S.A.W. pernah mencegah kita daripada memakan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion + sedangkan dalam ikan mengandung ion -.

Jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita. Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan antara lain:


 » Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

» Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

» Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

» Nabi S.A.W. juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Sumber : ustaz mohd Kazim Elias (2012) Dua Belas makanan kegemaran Rasullullah s.a.w. Malaysia

Sunday, July 28, 2013

makan buah, nak...

 ::JANGAN ABAIKAN, TOLONG BACA::

Anda dapat membantu seseorang dengan share ini.

Dr. Stephen memperlakukan pesakit Cancer dgn cara yg "un-ortodoks" & banyak pesakit Sembuh!
Ia percaya pada penyembuhan alami dlm tubuh terhadap penyakit.
Ubat utk Cancer sudah ditemui !
Anda percaya?
Saya berdukacita bagi pesakit cancer yg meninggal di bawah rawatan konvensional.
Pesakit cancer tidak seharusnya mati !
Menurut DR. Shu, 3 generasi Sinshe di Taiwan:
Makan buah segar dan caranya!
Ini sangat informatif!
Umumnya makan buah berarti membeli buah, cuci, memotongnya & masukkan ke dalam mulut kita...
Tapi tidak semudah yg kita pikirkan! Pengetahuan penting bagaimana & bila harus makan buah.

Cara yang tepat makan buah;

* JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN SELEPAS ANDA MAKAN..!!
* BUAH HARUS DIMAKAN PADA SAAT PERUT KOSONG.

BUAH ADALAH MAKANAN PALING PENTING!

BAHAYA! Buah bercampur dengan makanan lain akan membusuk & menghasilkan gas sehingga lambung akan kembung!

Menurut penelitian Dr Herbert Shelton;
Jika Anda telah menguasai cara yang betul makan buah2an,
Anda memiliki;

badan yang sihat,
Penuh tenaga,
Tubuh dan fikiran jadi tenang & berat badan normal.

Makan buah yang segar dan bersih (Bukan buah/Jus dalam bungkusan/botol Plastik) lebih baik dari pada minum jus.

Tapi jika terpaksa minum jus, maka minumlah seteguk demi seteguk secara perlahan, karana Anda harus membiarkannya bercampur degan air liur Anda sebelum menelannya.

MINUM AIR SEJUK <AIS BATU>SELEPAS MAKAN ADALAH= KANSER!!

Air sejuk akan membuat makanan yang berminyak menjadi (BEKU)
maka akan jadi lemak bertoksin(RACUN)

(Cara Terbaik adalah)

Minum air <PANAS ATAU SUAM> selepas makan
Makan buah segar saat perut kosong.

BANTU SHARE PADA KAWAN~KAWAN TQ

Wednesday, July 10, 2013

syukur




"kite malu la awk,
 kenapa awak snap gambar kite
 kite tak nak
 muka kite lesu
 mata kite sembab
 muka kite nampak pucat
 jangan laaa tangkap gambar kite"


btw,,itu laa apa yang aku selalu cakap
tapi kini aku kena sedar
kalau kita terus memandang yang negatif pada diri kita
kita tak kan nampak apa kelebihan yang kita ada
sama seperti kita langsung tak menghargai apa yang telah di kurniakan

saat kita berhenti daripada melihat kekurangan pada diri kita
saat kita berhenti dari mahu menjadi seperti wanita cantik
pada masa itu la kita nampak dan sedar
yang kita juga boleh menjadi cantik
berhenti laa membandingkan diri dengan orang lain

perempuan yang kelihatan cantik ketika tua nanti
ialah perempuan yang menghargai kulit masa muda nya
dan menerima apa saja kekurangan yang ada pada diri
dalam erti kata yang lain
BERHENTI gunakan produk kosmetik yang keterlaluan
muka akan cepat rosak dan tua sebelum waktu nya

sepatutnya kita
SYUKUR
ALHAMDULILLAH
BE THANKFUL

Saturday, June 29, 2013

cuti

hari nie sabtu , 29 jun
cuti kerja
duduk rumah saja laa..
pagi tadi bangun2 ja terus kemas bilik
pergi dapur pulak,minum teh secawan
kemas dapur
lepas kemas dapur, ayah bawa balik ayam
soo aku pun start la masak

menu tengahari tadi
TOMYAM
AYAM GORENG BERTEPUNG
IKAN TILAPIA MERAH GORENG

simple!
sebab aku and adik2 ja nak mkn
ayah pergi makan kenduri
at last, malam naty diorang akan makan aku punya lauk jugak..

lepas habis masak then baru aku sarapan'
masa tu dh pukul 11 lebih
lepas makan sapu dapur,mop lantai kat dapur
masukkan kain dalam mesin basuh

pergi angkat kain semalam
sapu sampah kat depan umah
masuk dalam umah,sapu sampah kat ruang tamu

vaccum carpet tu, vaccum rambut kat bilik aku tu
mls nak sapu,so vaccum ja laa..

then baru mandi pagi
resttttttt~

pukul 3 baru makan tghari
and sekarang, kain banyak tu nak kena lipat

aku harap aku ada kat umah dapat laa ringankan beban mak nak settle hal rumah
sebab semua along dah settle kan mak! hihikk

Tuesday, June 25, 2013

dinner with Bos and wife

ISNIN, 24 JUN 2013

dinner ngan bos and isteri dia
ada sorang bekas pekerja dia join jugak

to be honest,mmg baik bos ang wife nie..
makan biasa ja
yang aku tgok bos ja mkn dasyat
kami yang lain mkn biasa ja
aku nak mkn nasi ja
seharian tak makan nasi
malas nak berjalan pergi beli makanan

sebab apa?
jerebu woii kat taiping
panas tapi kelam
i means kelabu ja

nak hirup udara segar mmg xdak la
nak bernafas un teragak2 tahu..

by the way,lepas makan semua
kami sembang2 la
aku ngan yang lain sakan bahan bos
macam2 topik keluar

bos kami muda so boley buat geng kan
banyak jugak dia nasihat pasal studi
kekadang menyakat isteri dia

soo sweet
papa mama giitu
haha
feeling nak kawen awal ja rasa
opss..

lepas sembang semua
bos hantar balik
dari dia mcm2 kami belajar

dia bnyk nasihat pasal masa depan kami laa
dia kan orang bekerjaya
so dia nak kami yang muda2 nie jangan sia2 kan masa belajar

as long kita ada peluang nak continue studi
go..
dia ada jugak ajar mcm mana nak urus duit
itu topik best
sebab aku ada minat ke arah tu
heee.. :)

Sunday, June 23, 2013

jeruk madu pak ali

hmm,lama jugak aku tak update apa cerita aku kat sini
aku dah dapat keja..dah hampir 3 minggu aku keja
kat mana?
kat tepi the store taiping
kedai JERUK MADU PAK ALI
aku sendiri pun tak makan jeruk..
kalau rasa sikit boleh la
tapi kalau nak beli tak kowt
tak minat sangat

rezeki aku dapat keja nie un sebab roomate aku
tak dak geng nak ajak bekerja
so aku un decide la nak keja dengan dia sekali kat kedai tu

yang best masa aku keja nie
zero pressure i tell u! haha
honestly,bos dan isteri baik giler!
boleh di ajak berbincang
disebabkan dia terlalu baik yang buat kami rasa nak keja sungguh2

kami nie Alhamdulillah bukan seorang anak yang di ajar untuk
mengambil kesempatan atas kebaikan orang
once dia dah beri kepercayaan kat kita,,jangan sesekali abaikan
ini soal amanah..
perlu diambil berat

bos pernah cakap,dia boleh consider dalam apa2 hal
tapi soal amanah dan budi bahasa
itu tidak..
sebab kami keja, kami banyak berurusan dengan mak cik, pak cik
harus laa budi bahasa dijaga

setakat hari nie since aku bekerja 8hb jun
aku tak rasa lagi tekanan dari mana2 pihak..

keja enjoy, relax
banyak aku belajar tentang dunia luar

pelanggan yang singgah un kadang2 bnyk bagi nasihat kat kami
maybe sebab mereka ada jiwa keibubapaan


Friday, May 31, 2013

tempat orang

kita nie bukan akan duduk bawah ketiak mak ja
sampai satu masa bila dah besar
memang kena berjauhan
hidup di tempat orang
hidup di negeri orang
negara orang

kita nie jangan cepat memandang sesuatu yg kita dapat tu dengan pandangan negatif
kalau asyik set mind dengan benda yang negatif, negatif laa jadi nya
kalau positif, positif la jadi nya

tempat org
kita jumpa banyak perangai
banyak jenis orang
ada baik
ada x berapa baik

kita sebagai manusia yang ada sifat kemanusiaan
kawan dengan semua orang
kawan dengan semua orang bukan makna nya kita kena ikut the way they are
just be urself
kuatkan pendirian

dari situ banyak yang kita dapat
pengalaman, YESS
pengalaman yang mematangkan

to be homest, mmg susah nak hidup kan tempat orang kalau x yakin pada diri sendiri
confident level u rendah
susah2...
silap2 kena buli

jadi belajar supaya jadi pandai

pandai sesuaikan diri dengan keadaan
pandai sesuaikan diri dengan kawan2 baru
pandai jaga hati semua pihak
pandai jaga DIRI SENDIRI
senang ckp belajar supaya jadi pandai segala-galanya laa


lebih baik cuba ubah perangai kita
yang dulu sederhana baik kepada lebih baik
tempat baru, perangai update laa sikit
kalau dulu suka cakap x berlapik
sekarang cuba untuk jaga hati orang

dalam nak jaga hati orang,jangan awak pulak makan hati
tegas dengan pendirian

tempat orang awak kena belajar understand and handle the situation
enough till here

#SalamMaghrib
 
=)

Thursday, May 23, 2013

penang-sekolah-lepak

seronok sgt
jumpa balik semua eih,tak la semua tapi hampir semua budak hostel batch 94
sejuk mata tengok kawan2
kawan2 yang susah senang sama2 selama 5 tahun
pergi sekolah, serang cikgu2
masa tu ada sambutan hari guru
Alhamdulillah, cikgu ingat lagi muka aku
nama aku, full name beb!
terbaik cikgu2 mashoor
jumpa junior2, posing2, kissing2
xsangka dulu kecik sekarang dah besar
jumpa kawan2 form 6
sumpah rindu giler!
rindu nak pakai baju sekolah
nampak muda giiitu
lepak Queensbay Mall
makan sampai membazir
jalan2 sampai nak tercabut sendi
jumpa ayah n mak kat pameran kereta
nak jemput aku balik laa
tapi mak bagi masa gi snap2 ngan member2
lepas snap mula nak berpecah
ada balik bayan lepas
ada balik jetty
aku? ronda2 ngan famili
TAPI!!!
ada kejadian x berhati perut terjadi
kereta kena pecah masuk
barang berharga hilang

to : awk,teman saya..
sabar ya,,aku xdak masa ang susah tadi..aku dah jalan jauh dah baru hampa kowl aku..aku nak patah balik tapi jalan mmg jam teruk tadi..sabar taw,, ingat apa yg terjadi ada hikmah..aku tahu macam mana perasaan bila hilang barang..takowt..geram..sedih..risau mak ayah..takowt susah kan mak ayah..semua perasaan tu bercampur and tak dapat di luah kan kecuali dengan mengalir air mata..ingat wei, mungkin ada sebab kenapa semua nie jadi kat ang..redha dengan apa yang jadi..

from : shoda

sambung balik
ronda gi teluk kumbar
sebelum tu aku nampak kilang seagate
aku teringat dia
lalu teluk kumbar
rumah dia
teringat lagi..
kami dah dekat tapi tak boleh jumpa
gpun dia ada keja
redha
singgah kedai,,beli jeruk untuk kawan mak
jalan ondaway balik taiping
jam panjang giler sebelum,semasa dan selepas jambatan
aku penat,ambil tindakan baring kat seat belakang
tak kisah dah abang2 kakak2 tol nak kata apa
penat,ngantok,letih
sedar2 kereta dah laju ,tak jam dah
makan malam pukul 9.30 malam
sampai umah
tengok tv, keringkan peluh
mandi
on9, taip new post
kejap lagi TIDUR


Pahit Manis semua ada untuk hari nie..
terima kasih kawan-kawan

=)

Wednesday, May 22, 2013

ibu,emak,mama,mummy

mungkin dunia nak makin dekat dengan kiamat
ramai anak makin derhaka
kalau tengok berita hampir setiap hari ada mengenai mak

bunuh mak
pukul mak
ugut mak
tinggal mak
fitnah mak

renungkan balik
sapa lahirkan kita?
emak..
sapa besarkan kita?
emak
air susu sapa mengalir dalam tubuh kita?
emak
sapa suapkn nasi kita?
sapa basuh berak kita?
sapa sambut kita masa balik sekolah?
sapa bagi semangat masa kita jatuh?

semua jawapan EMAK!

seburuk mana pun mak kita,jangan jatuh kan air muka dia depan public
jangan buka aib mak sendiri
aib mak kita,aib kita jugak
sanggup dedahkan??
ibarat meludah ke langit,beb!

mungkin aku xtahu apa masalah sebenar yang berlaku antara hamba2 Allah nie
aku tak tahu langsung situasi sebenar yang dihadapi

aku cuma doakan jadilah anak yang baik

semoga kita semua x kan jadi anak yang sanggup malukan mak sendiri depan orang lain..
aku takowt nak bg komen lebih2 tapi cukup laa mendoakan terbaik.

sedih sebenarnya tengok air mata ibu gugur sebab kecewa dengan tindakan anaknya..

#hanya menaip ikut kata hati,,mungkin kita tidak sependapat tapi ini jujur dari hati

Monday, May 20, 2013

tukar cara

pada ptg yg dingin
aku menghadap laptop dengan pandangan kosong..
fikiran tengah menerawang..

gi mana dong cara mau explain nie..

type,,padam..type,,padam

ahhh,,parah aku nie
let me straight to the point

aku nak tanya,apa perasaan kena perli tajam?
sakit kan?
aku tahu niat tu nak menegur or lebih sedap lagi niat kamu nak dakwah
tapi i think the way u use have something wrong

dari apa yang aku baca, kamu juz blame orang lain
tanpa sedar niat kamu telah disalah ertikan
orang akan kata kamu suka mengKRITIK orang lain

so u should betulkan cara awak menegur orang lain
maybe orang yang ego,keras kepala,hati batu boleh lembut bila dengar ayat kamu

yess,,aku tahu kamu x buat apa yg kamu ckp tu
that y kamu sedap jaa cakap2 tanpa fikir kenapa dia jadi macam tu
tanpa peduli perasaan dia

like others said,, before u judge,,understand beb..
u kena try understand situation that person..

try perbaiki ayat kamu k..


#hanya menaip ikut kata hati,,mungkin kita tidak sependapat tapi ini jujur dari hati

Sunday, May 19, 2013

rutin

bangun 6.30 pagi
tunaikan kewajipan
then.. zzZZ

9.30 pagi tersedar
keluarkan kain dalam mesin basuh
jemur
kemas ruang tamu
sapu lantai

masuk bilik
kemas katil
masuk dapur
kosongkan singki

settle..
*rest kejap*
mandi

tunggu ayah balik keja
bawa balik benda nak masak


masuk dapur
tolong ayah masak
siap masak

buka laptop
makan tengahari
siapkan adik nak ke kafa


on9 lagi
tak pun tidur
angkat baju tadi
masuk dapur
pastikan dlm singki xdk pinggan mangkuk kuali


tengok tv
lipat baju

mandi
iron baju skola
on9 sampai pagi2 buta
tidur

tu la aku bila kat rumah
kita panggil itu RUTIN

=)

baru


haaa..
kini blog aku berwajah baru
saja aku buang yang lama
aku nak mulakan semua dengan baru


maybe hidup baru
matlamat baru
perwatakan baru
bukan xnak be myself but
aku perlu tegas dengan pendirian
matang


so,,

ini yang BARU..

=)